Sunday, 1 February 2015

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU DI MALAYSIA

PENDAHULUAN PAKAIAN TRADISIONAL 

Malaysia ialah sebuah negara yang dimana mempunyai pelbagai identitinya tersendiri,. Malaysia juga seuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam serta dari segi pakaian  pelbgai kaum. Malaysia  mempunyai  pelbagai  jenis  kain  dan  pakaian  tradisional  yang  berbagai  bentuk  dan warna. Dari  tengkolok  bulu  burung  dan  baju  kulit  kayu  hinggalah  kain  songket  diRaja  yang antik.  Pada  zaman  dahulu,  penduduk  pribumi  memakai  pakaian  yang  diperbuat  daripada kulit  kayu  dan  hiasan  manik.  Dengan   Ketibaan  tamadun  lama  kain  tenunan  dan batik  melayu  oleh  orang  kenamaan  dan  kerabat  diRaja. Dengan  ketibaan  pedagang  asing pakaian  serta  kain  seperti  sutera  cina , pelikat  dan  jubah  arab  diperkenalkan  di  negara  ini Kini pakaian tradisional  seperti  Kebaya  Melayu , Sari India  dan  Cheongsam  Cina  masih digunakan  dengan  meluas  di Malaysia. Budaya  pemakaian  tradisonal  semakin dilupakan.  Oleh itu, budaya  memakai  pakaian tradisional  seharusnya  dikekalkan  supaya  tak lapuk  dek  hujan,  tak lekang  dek  panas.  Jika dilihat, kebanyakkan  remaja  Melayu  di  zaman  era  globalisasi  ini  lebih  menyukai  pakaian ala- ala  barat.  Mereka  tidak  sedar  dengan  perbuatan  sebegitu sebenarnya  sedikit  sebanyak menghakis  budaya  pakaian  tradisional  sesebuah  kaum  itu  sendiri.


Dalam  erti  kata  lain, berbanggalah  dengan  pakaian  tradisional  kita  sendiri  kerana  itu  dapat indentiti  sesebuah  masyarakat  itu  sendiri. Oleh yang demikian , kita sebagai rakyat dan masyarakat negara ini haruslah dan wajar mengekalakannya supaya generasi pada masa akan datang akan dapat mengenal lagi lambang kebudayaan negara kita.



















 SEJARAH  PAKAIAN BAJU  MELAYU  BAGI  KAUM  LELAKI


Baju   melayu   dipercayai   telah  mula  dipakai  oleh  orang  Melayu  sejak  zaman Sultan Muhammad  Syah  memerintah  Melaka  (TM 1424-1444)  iaitu  lebih  kurang  700  tahun  yang lalu. Mengikut   catatan  dalam  Sejarah  Melayu  oleh    Tun  Sri  Lanang,   Di  hikayatkan baginda pernah   melarang  rakyat  memakai  jubah  (masa  tersebut   digelar’  pakaian  atas angin”,  umpama pedagang   Arab   atau   jubah   China)   Sebaliknya   apabila   baginda menunaikan   fardu   solat Hari   Raya,   baginda   akan   menyarung   baju  Melayu   dahulu (dipakai  cara  sarung,  lengkap  dengan  destar)  Cuma   apabila  tiba   di   masjid   barulah Baginda   mengena   jubah   (pakaian Atas   Angin .  Dalam  teks  Hikayat  Hang  Tuah pula diperikan memakai cara Melayu adalah termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang dipakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat,tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.









  BAJU MELAYU TELUK BELANGA 




Baju  Melayu  Teluk  Belanga atau  Baju  Kurung  Johor  mula  diperkenalkan  pada Pemerintahan  Almarhum  Sultan  Abu  Bakar,  tatkala  Almarhum  bersemanyam  di  Teluk Belanga, Singapura  dan  berpindah  ke  Tanjung  Puteri  pada  tahun  1866 (kini  dikenali Sebagai  Johor  Bahru) . Almarhum  menetapkan  supaya  baju  lelaki  labuhnya  sehingga ke  bawah  punggung  dengan  leher  yang  bertapik  lebar  dan  berkocek  dua.  Manakala Baju  perempuan  pula,  labuhnya  hingga  bawah  lutut  dengan  ats  lehernya  halus  danTidak  berkocek.  Terdapat  berbagai  bentuk  sulaman  yang  dipadankan  pada  bahagian Leher  seperti   mata  lalat , tulang  belut  dan  insang  pari. 

Semasa  pemerintahan Almarhum  Sultan  Ibrahim  Ibni  Sultan  Abu  Bakar  pakaian  tersebut  telah  diubah Mengikut  cadangan  Allayarham  Jaafar bin  Haji  Muhammad,  menteri  besar  Johor yang Pertama.  Kocek  pada  baju  melayu  lelaki  ditambah  menjadi  tiga  dan  atas  lehernya Halus  seperti  baju  perempuan  dan  diadakan  satu  kocek  bagi  baju  perempuan.  Seluar Yang  dipakai  disebut  ‘seluar kabut’  yang  bertongkah  atau  bertakak  seperti  seluar  cina Dan  kakinya  lebih  luas  dari  seluar  yang  dipakai  dari pakaian  barat.  Pada  masa  itu, Terdapat  beberapa  jenis  seluar  yang  dipakai  oleh  lelaki iaitu;


SELUAR SAMPAK (paras peha)
SELUAR KATOK (paras lutut)
SELUAR ACHEH (paras betis)
SELUAR PANJANG iaitu  seluar  pakaian  orang  barat








  BAJU MELAYU CEKAK MUSANG



Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tiga butang mengikut tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan).

Menurut teori seorang bekas budayawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu.
Teori ini kemudiannya disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan tujuh butir pada baju Melayu mereka.[perlu rujukan

Dalam hal ini ia juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris iaitu berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik sultan iaitu pemerintah termasuk permaisuri, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. 








DASTAR



Tanjak,  tengkolok  atau  dastar  adalah  satu  aksesori  pada  bahagian  kepala  lelaki  melayu Yang  sering  dikaitkan  dengan  istana,  kepahlawanan  dan  dipakai  dalam  pelbagai  acara  adatIstiadat  bangsa  melayu.  Tanjak  pada  kebiasannya, akan  dipadankan  dengan  bengkung, Sampan  dan baju  Melayu  beserta  keris  selit  bagi  pakaian  lelaki  Melayu.  Tanjak  belum  lagi Dicipta  pada  zaman  sebelum  zaman  kesultanan  melayu  Melaka.  Pada  zaman  itu, hanya Sehelai  kain  digunakan  dan  diikat  di kepala  untuk  menutup  rambut  supaya  kelihatan Kemas Ikatan  kain  ini  lama kelamaan  berubah dan  menjadi  semakin  cantik mengikut  peredaran Zaman , diolah  dan  diubahsuai  mengikut  taraf  seseorang  itu.  Orang  Melayu  Melaka telah Menggunakan  kebijaksanaan  mereka  untuk  mengubah  sehelai  kain  untuk  dipakai  sebagai Penutup  kepala.  Tanjak  dahulunya  merupakan  sebahagian  pakaian  raja  atau  sultan.  Tanjak Raja  pada  zaman  Melaka  dibuat  dari  kain sutera  dari China atau  India.  Manakala Kebanyakkan orang  menggunakan  tanjak  dari  kain  biasa.  Sejarah pemakaian  tanjak  di Perak, Pula dikatakan berasal  dari  sejarah  lagenda  kedatangan  Sultan Muzaffar  untuk  ditabalkan  di Negeri Perak.  Mahkota raja  yang  dipakainya  dibuang  kerana  perjanjian  dengan  penjaga, laut Untuk  terus  mudik  ke negeri  Perak.  Pakaian  kepala  kemudiannya  direka  untuk Menggantikan  mahkota  raja  dan  dipanggil  tengkolok  raja.

                             





 SAMPIN




Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. Di luar istana pula adalah pilihan. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan samping dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam gaya Orang Johor sekarang dan baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan samping cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan baju di selit ke dalam kain). Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat samping juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu   Ikatan pancung (Raja, Sultan dan kerabat sahaja),ikatan kembung(pembesar dan orang-orang bergelar) dan ikatan lingkup(orang kebanyakkan).










BAJU KEBAYA 
 Baju  kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita malaysia dan indonesia.ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan sarung , batik , atau pakaian tradisonal yang lain seperti songket dengan motif warna warni . Di percayai kebaya berasal daripada negara arab. Orang arab membawa baju kebaya (yang arabnya 'abaya' ) ke nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu tersebar ke melaka , Jawa ,Bali , Sumatera dan Sulawesi. Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung ratusan tahun , pakaian itu diterima oleh penduduk  kampung 








Baju Belah Kebaya Panjang




Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.








Kebaya Kota Bharu


Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita Kota Bharu dan Kelantan. Apa yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya tersebut ia mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru.











 Kebaya Riau-Pahang





Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.









 Kebaya Nyonya


Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.









 Kebarung

Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an. Antara artis yang pernah menjadi ikon busana ini ialah Ziana Zain dan Erra Fazira.











    Kebaya Chitty     



Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung .Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya). 








  Kebaya Saloma



 Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian 'asing' bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan n luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.








KEBAYA –KEBAYA LAIN

Kebaya di Selangor


Selain Kebarung, Selangor juga mempunyai Kebaya tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah ia tidak mempunyai kolar, kebaya jenis ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh ketika hadir dalam majlis peranugerahan gelaran Datuk pada tahun 2001.















 Kebaya di Pulau Pinang


Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.








1 comment: